Senarai timbalan menteri diumum malam ini: Anwar

Anwar meninggalkan Masjid Jamek Kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut pada Jumaat. Foto Bernama.
Anwar meninggalkan Masjid Jamek Kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut pada Jumaat. Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai nama timbalan menteri pada malam ini.

Anwar berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini bagi mempersembahkan senarai nama berkenaan.

"Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Tuanku (Agong) pada petang ini dan Insya-Allah pada 8.15 malam kita umumkan nama-nama timbalan menteri,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada Jumaat.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada petang ini.

Media melaporkan Anwar dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah pada petang ini bagi memaklumkan senarai timbalan menteri yang bakal dilantik menyertai pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya. - Bernama.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!