Pahang agih Juadah Makmur bermula hari ini
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mula melaksanakan penyediaan Juadah Makmur untuk diagihkan kepada orang ramai di negeri ini bermula pada Jumaat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebagai permulaan, Juadah Makmur diedarkan di daerah Lipis melibatkan beberapa masjid dalam kawasan DUN Jelai, Benta dan Padang Tengku.
Menurutnya, Juadah Makmur satu inisiatif kerajaan negeri yang disediakan untuk rakyat di negeri ini melalui agihan makanan selepas solat Jumaat setiap minggu.
"Juadah Makmur satu pendekatan baharu yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk rakyat Pahang dengan peruntukan RM11 juta setahun seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya melalui satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.
Wan Rosdy berkata, melalui pelaksanaan program seumpama itu diharap dapat merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!