Van pecut laju rupanya bawa PATI

Imigresen Perlis berjaya membongkar kegiatan penyeludupan PATI susulan penahanan sebuah van menerusi operasi di Padang Besar, Perlis pada Jumaat.
Imigresen Perlis berjaya membongkar kegiatan penyeludupan PATI susulan penahanan sebuah van menerusi operasi di Padang Besar, Perlis pada Jumaat.
A
A
A

PADANG BESAR - Tindakan pemandu van memecut laju selepas diarah berhenti untuk pemeriksaan semasa Ops Kutip di sini pada Jumaat membongkar kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Imigresen Negeri Perlis, Khairul Amin Talib berkata, operasi yang dijalankan sepasukan anggota Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Perlis pada jam 1.30 pagi itu telah terserempak dengan van terbabit yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, sebaik sahaja pasukan penguat kuasa mendekati, van terbabit terus memecut laju ke arah Changlun, Kedah.

"Pasukan operasi kemudian terus mengejar sejauh kira-kira 10 kilometer sebelum van itu memasuki jalan mati lalu pemandu dan seorang penumpang hadapan bertindak melarikan diri.

Imigresen Perlis berjaya membongkar kegiatan penyeludupan PATI susulan penahanan sebuah van menerusi operasi di Padang Besar, Perlis pada Jumaat.
Imigresen Perlis berjaya membongkar kegiatan penyeludupan PATI susulan penahanan sebuah van menerusi operasi di Padang Besar, Perlis pada Jumaat.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui 11 warga asing terdiri daripada sembilan lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang kesemua berusia lingkungan 10 hingga 49 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua mereka adalah warga Myanmar dab gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki dan berada di negara ini.

Ujarnya, kesemua ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Tegas Khairul Amin, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan pelanggaran undang-undang negara membabitkan kesalahan berkaitan imigresen.

"Imigresen akan terus membendung sebarang perilaku jenayah yang mencabar kedaulatan dan keselamatan negara.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan PATI dan sebarang jenayah berkaitan supaya melaporkan segera kepada mana-mana pejabat imigresen yang terdekat," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!