Harga jersi Jerman, Belgium turun selepas tersingkir

Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.
Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.
A
A
A

HARGA jersi pasukan Jerman dan Belgium menjunam di Doha berikutan prestasi buruk pasukan itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor Xinhua.

Piala Dunia bukan sahaja pertandingan antara 32 skuad, bahkan merupakan pasaran penting untuk penaja jersi.

Bagi sesetengah pasukan kegemaran yang kekal di Qatar, jersi pasukan itu habis dijual, namun kit untuk beberapa pasukan yang tewas didapati tidak laku.

Di pusat beli-belah di Doha, jersi England, Argentina dan Portugal yang melangkah ke suku akhir, paling dicari, tetapi jersi Jerman dan Belgium yang gagal memenuhi jangkaan, terpaksa dijual pada harga diskaun.

Harga jersi tulen Jerman yang mengalami penyingkiran mengejut pada peringkat kumpulan, menjunam daripada 670 riyal Qatar (kira-kira AS$184) kepada 329 riyal Qatar (kira-kira AS$90.3), manakala jersi Belgium yang asalnya berharga 430 riyal Qatar, turun hampir 50 peratus.

Selain itu, harga jersi Sepanyol dan Jepun juga mengalami penurunan.

"Kami menyediakan sejumlah besar jersi kegemaran ramai untuk peminat, namun penyingkiran mereka yang tidak dijangka menyukarkan kami untuk menghabiskan stok dan terpaksa memberi diskaun,” kata seorang jurujual. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!