Berselindung di sebalik premis minyak masak terpakai

Pegawai KPDNKS melihat paip yang disambung untuk untuk memindahkan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki. - Foto Ihsan KPDNKS
Pegawai KPDNKS melihat paip yang disambung untuk untuk memindahkan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki. - Foto Ihsan KPDNKS
A
A
A

SEREMBAN - Berselindung di sebalik premis pengumpulan minyak masak terpakai, sebuah industri ringan di Zon Perindustrian Tasik Jaya di sini menjalankan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi.

Kegiatan dipercayai didalangi oleh sindiket itu terbongkar dalam serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKS) kira-kira jam 10.15 pagi, pada Jumaat.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata, ketika serbuan dijalankan, pasukan serbuan telah menjumpai 295 kotak minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) berada di dalam premis.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis tidak mempunyai sebarang Lesen atau Surat Kebenaran dari Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan Barang Kawalan.

"Premis ini disyaki melakukan pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki dengan cara memotong minyak masak plastik dan mencampurkan ke dalam tangki minyak masak terpakai bagi mendapatkan kuantiti yang banyak sebelum dijual kepada syarikat lain untuk dijadikan biofuel," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai telah menjalankan kegiatan berkenaan sejak enam bulan lalu.

Jelasnya, hasil serbuan berkenaan, sebanyak 5,015 kg minyak masak paket bersubsidi satu kg telah disita bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM 12,537.50.

"Seramai empat suspek warga tempatan yang berusia antara 22 hingga 46 tahun telah ditahan bagi tujuan siasatan.

Artikel Berkaitan:

"KPDNKS Negeri Sembilan komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan minyak masak bersubsidi bagi memastikan bekalan minyak dapat dinikmati rakyat,"k atanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!