[VIDEO] PM umum senarai 27 timbalan menteri
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 27 timbalan menteri yang akan membantunya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.
Pelantikan itu merangkumi wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).
Anwar mengehadkan hanya satu timbalan menteri untuk setiap kementerian bagi kabinet kecilnya, kecuali bagi Kementerian Kewangan manakala tiada Timbalan Menteri Agama yang dilantik.
Kesemua timbalan menteri yang baharu dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada jam 3 petang esok.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kembali membarisi kabinet apabila dilantik sebagai Timbalan Kewangan bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Ahmad sebelum ini menjawat jawatan itu dari 16 Mei 2013 hingga 28 Julai 2015.
Sementara itu, antara muka baharu yang dilantik adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya dan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (Alor Gajah) dilantik Timbalan Menteri Pertahanan.
Berikut adalah senarai penuh timbalan menteri yang dilantik:
Alhamdulillah, saya telah mengumumkan barisan Timbalan Menteri sebentar tadi. Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan dengan sedaya upaya.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 9, 2022
Kita mampu dan kita boleh! pic.twitter.com/jEQARD33PS
Senarai Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan - Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Belia Sukan - Adam Adli
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Akmal Nasrullah
Timbalan Menteri Pertahanan - Adly Zahari
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi - Datuk Seri Arthur joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat- Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Lew Chin Tong
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Teo Ni Ching
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Mohd Yusof Apdal
Timbalan Menteri Pertaniandan Keterjaminan Makanan - Chan Foong Hin
Timbalan Menteri Ekonomi - Datuk Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Datuk Hwang Tiong Si
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Saraswathy Kandasamy
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Pendidikan - Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Kesihatan - Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wilson Ugak Kumbong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!