Nelayan Pantai

No Image Caption
A
A
A

Nelayan pantai menjala ikan belanak di kawasan pantai yang berombak besar ketika musim tengkujuh di Pantai Irama, Bachok, hari ini.

Musim tengkujuh lazimnya menimbulkan rasa kebimbangan terhadap sesetengah golongan nelayan namun, tidak bagi mereka yang sanggup menempuh risiko demi mendapatkan hasil tangkapan ikan belanak yang aktif pada musim tersebut sebagai sumber pendapatan harian mereka.

Spesies ikan itu dikatakan gemar memakan buih yang bercampur tanah liat yang dibawa ombak dan akan bertambah apabila keadaan ombak besar. Ketika musim tengkujuh, risiko berdepan ombak besar hanya mampu dikuasai sesetengah golongan nelayan yang memerlukan pengalaman serta ilmu yang mencukupi.

Justeru para nelayan dan orang ramai khususnya diingatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap ancaman dan risiko pada musim tengkujuh dengan mendapatkan informasi terkini mengenai keadaan cuaca semasa bagi mengelakkan daripada sebarang kemalangan yang bakal berlaku. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan

No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland