Tempuh perjalanan lebih empat jam sertai MQT2.0

40 peserta dari Rumah Ngaji Al Kautsar hadir untuk mengikuti MQT2.0 secara bersemuka
di Kompleks Kumpulan Karangkraf.
40 peserta dari Rumah Ngaji Al Kautsar hadir untuk mengikuti MQT2.0 secara bersemuka di Kompleks Kumpulan Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 40 peserta dari Rumah Ngaji Al Kautsar sanggup menempuh perjalanan lebih empat jam semata-mata untuk mengikuti program My#QuranTime 2.0 (MQT2.0) yang diadakan secara bersemuka di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Pengasas Rumah Ngaji Al Kautsar, Zooraida Abdul Rahman, 56, berkata, mereka bergerak dari Johor Bahru ke Shah Alam dengan menaiki bas seawal jam 6.30 pagi.

Zooraida
Zooraida

“Kami rasa teruja kerana pertama kali mengikuti program tersebut secara bersemuka. Inilah peluang yang ada untuk belajar lebih mendalam tentang tajwid dan hafalan al-Quran.

“Seronok dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan pentadabbur dan qari, selain dapat membaca surah secara beramai-ramai bersama peserta lain dari negeri yang berbeza,” katanya pada Jumaat.

MQT yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) sebanyak 2,111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian.

Mengulas mengenai keunikan program itu, Zooraida berkata, peserta diajar untuk mengamalkan pembacaan dan menghafal surah secara tepat.

“Bukan sahaja meningkatkan penguasaan tajwid malah meningkatkan pemahaman bagi setiap surah yang dibaca,” ujarnya.

Zooraida berhasrat untuk datang sekali lagi bagi mengikuti program tersebut walaupun jauh beratus-ratus kilometer, namun ia bukan penghalang untuk dirinya bersama peserta lain mendalami ilmu agama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!