Maritim Malaysia tahan bot nelayan kerana lesen tamat tempoh

Maritim Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan yang beroperasi ketika lesen tamat tempoh di perairan Pelabuhan Utara pada Jumaat.
Maritim Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan yang beroperasi ketika lesen tamat tempoh di perairan Pelabuhan Utara pada Jumaat.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Sebuah bot nelayan tempatan yang beroperasi dengan lesen tamat tempoh di perairan Pelabuhan Utara, di sini ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, bot itu ditahan pada jam 10.15 pagi ketika perjalanan membawa makanan ikan dari Port Klang ke Pulau Ketam.

"Pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan tekong warga tempatan berusia 58 tahun dan seorang warga Indonesia berusia 32 tahun yang mempunyai pengenalan diri yang sah.

"Namun, siasatan lanjut ke atas dokumen mendapati lesen bot telah tamat tempoh," ujarnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia.
Bot nelayan tempatan yang ditahan Maritim Malaysia.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot tidak memiliki dokumen lesen yang sah.

Katanya, maritim memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di laut.

"Maritim sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan demi memastikan perairan sentiasa terpelihara.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aduan mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!