Subvarian baharu Covid-19 sumbang kes jangkitan di AS
LOS ANGELES - Subvarian Omicron BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang hampir 70 peratus kes jangkitan baharu Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) setakat minggu lalu, menurut anggaran yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Jumaat.
BQ.1.1 dianggarkan menyumbang 36.8 peratus kes setakat 10 Disember, manakala BQ.1 sebanyak 31.1 peratus, lapor Xinhua memetik laporan CDC.
BQ.1 dan BQ.1.1 yang berasal dari subvarian BA.5 Omicron merebak dengan pantas sejak Oktober.
Subvarian berkenaan telah menggantikan BA.5 dan menjadi dominan di Amerika Syarikat pada pertengahan November. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!