Pelajar cedera dipercayai dipukul di asrama

Seorang pelajar lelaki cedera dipercayai dipukul pelajar berusia 17 tahun di sebuah sekolah berasrama di Bentong, pada Jumaat. - Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki cedera dipercayai dipukul pelajar berusia 17 tahun di sebuah sekolah berasrama di Bentong, pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelajar lelaki cedera dipercayai dipukul pelajar berusia 17 tahun di sebuah sekolah berasrama di Bentong, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika pulang ke rumah, mangsa yang berusia 16 tahun mengadu kepada bapanya bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian perut dan kencing berdarah.

Beliau berkata, sejurus itu, pelajar tersebut dibawa ke Hospital Bentong dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa disyaki dipukul.

Mangsa kemudian menceritakan bahawa dia telah dipukul di bahagian badan dan kaki oleh seorang pelajar ketika sedang tidur di asrama pada jam 2 pagi," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Sehubungan itu, mangsa dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong juga telah berhubung dengan pihak sekolah tersebut.

Katanya, kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan: