Suami isteri, anak maut nahas dua kereta

Anggota bomba melakukan pemadaman kereta jenis Chevrolet yang terbakar di lokasi kejadian. Foto: Bomba Perak
Anggota bomba melakukan pemadaman kereta jenis Chevrolet yang terbakar di lokasi kejadian. Foto: Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Tiga beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas dua kenderaan di Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Sitiawan di sini pada malam Sabtu.

Laporan awal memaklumkan, kejadian sekitar jam 11 malam itu mengorbankan sepasang suami isteri serta seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, dua lagi kanak-kanak yang turut berada dalam kereta jenis Proton Saga itu terselamat dengan mengalami kesan cedera.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan pada jam 11.13 melibatkan kemalangan kereta dinaiki mangsa bersama sebuah kereta jenis Chevrolet.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat lima mangsa berada dalam kereta Proton Saga dengan tiga daripada mereka disahkan maut dan dua lagi terselamat.

"Sementara itu, kereta jenis Chevrolet telah terbakar, namun pemandunya terselamat dan hanya mengalami cedera," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Kenyataan sama memaklumkan, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Anggota juga telah memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi tamat pada jam 12.53 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!