Perancis akhiri cabaran England di Qatar 2022

Giroud meraikan jaringannya bersama Raphael Varane (kanan) selepas menjaringkan gol semasa aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, England menentang Perancis di Stadium Al Bayt, Al Khor. FOTO: EPA
Giroud meraikan jaringannya bersama Raphael Varane (kanan) selepas menjaringkan gol semasa aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022, England menentang Perancis di Stadium Al Bayt, Al Khor. FOTO: EPA
A
A
A

PENYANDANG juara, Perancis berada di landasan terbaik mengekalkan kejuaraan apabila menyingkirkan cabaran naib juara Euro 2020, England, 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad.

Bintang kelab Serie A Itali AC Milan, Olivier Giroud muncul wira Perancis apabila meledak gol kemenangan skuad kendalian Didier Deschamps tersebut pada minit ke-78', sekali gus membawa Les Bleus ke separuh akhir.

Sebelum itu, pemain tengah kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid Aurélien Tchouaméni terlebih dulu meletakkan Perancis di depan pada minit ke-17' untuk memimpin perlawanan pada babak pertama.

Bersambung babak kedua anak buah Gareth Southgate kembali agresif apabila mula menekan Perancis dalam usaha menyamakan kedudukan.

The Three Lions akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas di anugerahan sepakan penalti setelah bintang kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Bukayo Saka dikasari Tchouaméni.

Tonggak Tottenham Hotspur, Harry Kane yang diamanahkan tanggungjawab mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah menewaskan Hugo Lloris pada minit ke-54.

Gol itu juga menyaksikan Harry Kane menjaringkan gol ke-53 untuk England, menjadikan dia setaraf dengan legenda Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman The Three Lions.

Kane yang berstatus pemenang Kasut Emas ketika England mara ke separuh akhir edisi Rusia 2018, empat tahun lalu memerlukan dua gol lagi sebelum menyingkap saingan Qatar 2022 bagi menyamai rekod Rooney yang meledak 53 gol.

Artikel Berkaitan:

England selepas itu berpeluang memimpin perlawanan pada minit ke-84', apabila sekali lagi mendapat sepakan penalti, namun Kane gagal menyempurnakan sepakan tersebut.

Kemenangan ke atas England tersebut membolehkan Perancis berdepan wakil Afrika, Maghribi di separuh akhir pada Khamis ini, yang menyingkirkan cabaran Portugal 1-0 dalam satu lagi aksi suku akhir sebelum itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!