Ahli PKR berdepan penggantungan jika terbukti salah di Rantau: Lembaga Disiplin

Datuk Ahmad Kasim
Datuk Ahmad Kasim
A
A
A

ALOR SETAR - Ahli PKR yang didapati melakukan kesalahan ketika berkempen ketika DUN Rantau berdepan tindakan keahlian mereka digantung, demikian menurut Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim.

Beliau berkata, parti itu sedang memperincikan butiran mengenai beberapa kesalahan antaranya pergaduhan yang berlaku di bilik gerakan PH dan dakwaan menghalang tugas polis.

Menurutnya, siasatan akan bermula dalam masa terdekat setelah semua maklumat ahli yang didakwa melakukan kesalahan itu diperolehi.

"Pimpinan Cabang dan ahli lain juga perlu membuat laporan terperinci kepada Lembaga Disiplin parti bagi percepatkan proses ini," katanya.

Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas dan menahan individu-individu terlibat.

"Kami memandang serius kes seumpama ini terutama yang berkaitan pencabulan undang-undang negara.

"Kami menggesa seluruh ahli parti agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak mengambil jalan mudah bertindak sewenang-wenangnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!