Kebocoran bahan kimia dikesan di kilang
SEREMBAN - Kebocoran bahan kimia jenis asid hidroklorik dikesan di sebuah kilang di Jalan Tanjung Bunga, Taman Tasik Jaya di sini tengah malam Sabtu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Timbalan Penguasa Bomba, Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam sebelum anggota BBP Senawang dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Seremban 2 dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba, pegawai operasi mendapati sebuah tong berisi 1,000 liter bahan kimia asid hidroklorik mengalami kebocoran sebanyak 250 liter.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini," katanya pada Ahad.
Mohamad berkata, pihaknya bersama unit Hazmat telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!