MAIS agih fidyah kepada 673 keluarga di lima daerah

Antara 673 keluarga di lima daerah menerima agihan fidyah MAIS. - Foto FB MAIS
Antara 673 keluarga di lima daerah menerima agihan fidyah MAIS. - Foto FB MAIS
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 673 keluarga di lima daerah menerima agihan fidyah berjumlah RM80,760 daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada minggu lalu.

MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan diagihkan di sekitar Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Petaling dan Klang meliputi makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan gula bernilai RM120 setiap keluarga.

"Alhamdulillah selesai agihan fidyah MAIS bagi penerima yang layak berjumlah RM80,760 kepada 673 keluarga penerima," kata kenyataan agensi itu di laman Facebooknya.

Menurut agensi itu, usaha tersebut melibatkan kerjasama 20 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SS17, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor, SK Puchong Jaya 2, Masjid Darul Ibadah, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dan lain-lain.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebebanan mereka semua,” tambah kenyataan itu.

Bayaran fidayah turut boleh dilaksanakan secara atas talian melalui e-MAIS atau pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!