Hujan lebat, ribut petir di lima negeri, KL, Putrajaya
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua Wilayah Persekutuan dan lima negeri pada Ahad.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga jam 7 malam.
"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang (Bera, Pekan dan Rompin), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Jempol).
"Selain itu, Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sarawak, Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau) sehingga 7 malam," kata
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!