PM Taiwan kecam China susulan sekatan import baharu
TAIPEI - Perdana Menteri Taiwan menuduh China melanggar peraturan perdagangan antarabangsa dan 'mendiskriminasi' pulau tersebut selepas menghentikan barangan import.
Menurut Kementerian Kewangan, pihak berkuasa kastam China 'secara tiba-tiba menggantung' import dan minuman beralkohol sejak Jumaat lalu.
Katanya, langkah itu dikaitkan dengan peraturan Beijing pada 1 Januari lalu mewajibkan semua pengeksport makanan dan minuman beralkohol berdaftar dengan pihak berkuasa China.
Difahamkan beberapa syarikat Taiwan masih dalam semakan perdaftaran tersebut.
Perdana Menteri Su Tseng-chang menuduh Beijing melanggar norma Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dengan membuat 'peraturan sendiri' dan 'mencampuri perdagangan melalui pentadbiran'.
China kerap mendiskriminasi Taiwan...Mereka sering meminta Taiwan melakukan itu dan ini," katanya kepada pemberita.
Justeru, Taiwan merancang membuat rayuan kepada WTO dan membantu perniagaan yang terjejas.
Beijing mendakwa Taiwan yang memerintah sendiri adalah sebahagian daripada wilayahnya dan akan menawannya suatu hari nanti.
China juga meningkatkan tekanan ketenteraan, diplomatik dan ekonomi ke atas pulau tersebut sejak pemilihan Presiden Tsai Ing-wen pada 2016 dan sebelum ini telah mengharamkan beberapa import produk lain. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!