Tuah bantu Perancis singkir England

Tandukan Giroud membolehkan Perancis atasi England dalam perlawanan suku akhir Qatar 2022 pada Ahad. - Foto EPA
Tandukan Giroud membolehkan Perancis atasi England dalam perlawanan suku akhir Qatar 2022 pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

MEDIA Perancis menyifatkan tuah mengiringi kejayaan penyandang juara Perancis lolos ke separuh akhir selepas bergelut ketika menyingkirkan cabaran naib juara Euro 2020, England 2-1 di suku akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Perancis memimpin perlawanan selepas jaringan jarak jauh Aurelien Tchouameni, sebelum Harry Kane menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Tandukan Olivier Giroud kemudiannya meletakkan Les Bleus kembali di depan, namun kegagalan Kane menyempurnakan sepakan penalti kedua pada lewat permainan mengesahkan slot separuh akhir berdepan Maghribi.

La Croix mendakwa bahawa skuad kendalian Didier Deschamps boleh mengira diri mereka bertuah selepas mara ke separuh akhir manakala Le Monde menulis bahawa Perancis bergelut menyingkirkan The Three Lions pimpinan Gareth Southgate.

'Rapuh' adalah tajuk utama digunakan L'Equipe, selepas Perancis memberikan dua penalti mudah apabila Les Bleus bernasib baik apabila dapat melepasi perlawanan berintensiti tinggi The Three Lions.

Sementara itu, wartawan ESPN Perancis Julien Laurens berkata, pasukan yang menang bukan selalu yang terbaik, walaupun memuji Perancis yang berusaha mencari jalan untuk menang.

Adalah tidak menghairankan reaksi media Perancis terhadap Deschamps selepas perlawanan sebelum itu berkata, "Kadang-kadang anda memerlukan sedikit tuah."

Dalam perkembangan lain, penyerang Perancis, Kylian Mbappe menulis di Instagram, “Selangkah lebih dekat kepada impian mutlak,” setelah memainkan peranan penting dalam kejayaan negaranya pada Rusia 2018 apabila mempamerkan aksi mengagumkan setakat ini di Qatar 2022.

Artikel Berkaitan:

"Pengembaraan diteruskan...sangat bangga dengan kumpulan ini," tulis Giroud.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!