Polis gempur rumah kongsi Pati

Warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Nyah di Taman Equine Seri Kembangan.
Warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Nyah di Taman Equine Seri Kembangan.
A
A
A

SERDANG - Rumah kongsi yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (Pati) di tapak pembinaan Taman Equine Seri Kembangan, di sini, dikejutkan dengan kehadiran polis dalam serbuan Ops Nyah, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, operasi pada jam 10 pagi dijalankan sepasukan polis Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang bersama Balai Seri Kembangan hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, seramai 74 warga asing membabitkan warga Indonesia, Bangladesh serta Myanmar diperiksa.

"Hasilnya, seramai 14 Pati lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an telah ditahan iaitu 10 warga Bangladesh dan empat warga Indonesia.

Warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Nyah di Taman Equine Seri Kembangan.
Warga asing yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Nyah di Taman Equine Seri Kembangan.

"Siasatan mendapati kesemua Pati ini merupakan pekerja binaan di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Ismadi berkata, ketika serbuan, terdapat Pati yang sedang berehat di dalam rumah dan bekerja, namun selepas menyedari kehadiran pihak polis, mereka bertindak melarikan diri.

Katanya, bagaimanapun, tindakan itu gagal selepas pihaknya mengepung kawasan berkenaan lebih awal lagi.

Artikel Berkaitan:

"Operasi dan pemantauan di kawasan ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada lambakan Pati di kawasan berkenaan," katanya.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Serdang untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!