Ahmad Maslan kembali bertugas di MOF selepas tujuh tahun
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan kembali bertugas di Kementerian Kewangan (MOF) selepas tujuh tahun pernah berkhidmat di kementerian itu pada 2013 hingga 2015.
Beliau tiba di pejabat pada jam 7.30 pagi untuk memulakan tugas secara rasmi sebagai timbalan menteri di kementerian tersebut.
"Pada 12 Disember 2022. Tiba di ofis jam 7.30 pagi dan hari pertama sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
"Pernah di MOF pada tahun 2013 hingga 2015. Kembali semula selepas tujuh tahun," katanya menerusi status dimuat naik di Facebooknya.
Beliau turut mengimbau memori pada tarikh yang sama juga telah melangsungkan perkahwinan bersama isterinya.
"Pada 12 Disember 1987, saya bernikah dengan isteri sekarang, Noraini di Kuching, Sarawak sejak 35 tahun dahulu.
"Syukur bahagia bersama empat anak dan tiga cucu," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!