Tiga budak maut terjatuh dalam tasik beku

Pasukan penyelamat berjaya menemui tiga mayat kanak-kanak yang lemas dalam tasik Babbs Mill Park, Solihull. - Foto Agensi
Pasukan penyelamat berjaya menemui tiga mayat kanak-kanak yang lemas dalam tasik Babbs Mill Park, Solihull. - Foto Agensi
A
A
A

SOLIHULL - Tiga kanak-kanak lelaki masing-masing berumur lapan, sepuluh dan 11 tahun maut dan seorang lagi masih kritikal selepas dipercayai sedang bermain-main sebelum terjatuh dalam tasik beku di Solihull, England.

Portal Mirror melaporkan, berita meruntun hati itu muncul selepas pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus sepanjang malam menyelurusi air di Babbs Mill Park di Kingshurst di mana insiden berlaku.

Jurucakap Polis West Midlands berkata, tiga kanak-kanak mati secara tragis selepas terjatuh dalam tasik di Solihull petang Ahad.

"Malangnya mereka tidak dapat diselamatkan dan kami telah mengerahkan pasukan terbaik untuk melakukan apa yang perlu,

"Kanak-kanak keempat berusia enam tahun masih dalam kritikal di hospital," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: