Hamzah akan jadikan suara pembangkang lebih kuat

Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin
A
A
A

SHAH ALAM – Pelantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai ketua pembangkang akan menjadikan suara Perikatan Nasional (PN) kuat di Dewan Rakyat.

Ketua Penerangan PN Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, keputusan berkenaan membuktikan PN memilih mereka yang benar-benar berpengalaman dan berkelayakan untuk berjuang membawa suara rakyat.

Menurutnya, Hamzah yang berpengalaman luas dalam bidang politik adalah pilihan tepat disamping pelantikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai timbalan ketua ahli parlimen.

“PN Wilayah Persekutuan yakin dengan pilihan ahli parlimen PN ditambah dengan sokongan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, PN akan menjadi gabungan yang kuat.

“Ini adalah keputusan yang diteliti dengan baik oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PN ditambah perbincangan yang mengambil kira situasi terkini politik negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mahathir, PN Wilayah Persekutuan juga yakin Hamzah dan Abdul Hadi mampu membawa PN ke era yang lebih baik

“Kita mahu membawa suara orang kota yang kini terbeban dengan dengan isu harga barang keperluan asas, petrol dan sebagainya,” ujarnya.

Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat beberapa hari lalu.

Ahli PN setakat ini bersetuju untuk menjadi pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengimbangi Kerajaan Perpaduan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!