Projek tebatan banjir di HRPZ II

A
A
A
Sebahagian petugas Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) melakukan latihan amali memasang penghadang banjir bagi mencegah kejadian banjir besar luar jangka seperti bah kuning pada Disember 2014 yang pernah melanda hospital tersebut.

Kerajaan telah meluluskan projek tebatan banjir HRPZ II di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) Rolling Plan Pertama (RP 1) dengan kos RM8 juta, dan projek ini adalah yang pertama dilaksanakan di fasiliti kerajaan sedia ada.

Projek tebatan banjir ini mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan dan sejumlah 15 pagar penghadang banjir dibina bertujuan untuk menghalang kemasukan air ke dalam kawasan hospital.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin menunjukkan sistem pam air yang terdapat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) ini bagi mencegah banjir besar luar jangka seperti bah kuning pada Disember 2014 lalu.

Bencana banjir 2014 telah banyak memberi pengajaran kepada semua pihak terutama masyarakat dan agensi kerajaan dalam membentuk Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menghadapi bencana tersebut.
Artikel Berkaitan:


Projek tebatan banjir ini bukan sahaja dapat meningkatkan taraf kemudahan infrastuktur malah dapat memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih efektif serta berkesan dapat diberikan ketika musim banjir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland

No Image Caption
GALERI

Feri dari Pangkalan Raja Tun Uda