Kegiatan mewah jual ketum tumpas

Nor Azmi (dua dari kanan) menunjukkan air ketum dan tong ikan yang dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini.
Nor Azmi (dua dari kanan) menunjukkan air ketum dan tong ikan yang dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki yang mampu menjana pendapatan kira-kira RM15,750 sebulan hasil kegiatan mewah menjual air ketum telah ditahan polis di rumahnya di Jalan Bagan Sungai Pulai, Sekendi, di sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek menjalankan aktiviti menjual air ketum sejak dua tahun lalu.

"Suspek mampu menjual air ketum kira-kira 30 botol sehari dengan setiap satu dijual RM15 sebotol," katanya.

Nor Azmi berkata, semasa serbuan dijalankan, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggannya dan terkejut ketika menyedari kehadiran polis.

“Hasil pemeriksaan di dalam premis berkenaan kita menjumpai sebanyak 72 botol dengan setiap botol mempunyai isipadu 1.5 liter.

"Keseluruhan rampasan ialah sebanyak 10.8 liter dengan nilai RM1,080," katanya pada sidang media di IPD Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Nor Azmi berkata, suspek yang tidak bekerja itu dipercayai memproses air ketum itu di dapur rumah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Air ketum yang diproses itu kemudiannya diletakkan di dalam tong ikan sebelum dijual kepada pelanggannya sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor," katanya.

Beliau berkata, suspek memperoleh bekalan daun ketum yang dibeli daripada penjual dengan harga RM8 hingga RM10 sekilogram di Teluk Intan, Perak.

"Hasil semakan polis mendapati, suspek tidak memiliki rekod lampau dan direman tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10, 000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Kegiatan mewah jual ketum tumpas MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Seorang lelaki mampu menjana pendapatan kira-kira RM15, 750 sebulan hasil kegiatan mewah menjual air ketum di rumahnya di Jalan Bagan Sungai Pulai, Sekendi, di sini, Ahad lalu. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/23585/BERITA/Jenayah/Kegiatan-mewah-jual-ketum-tumpas

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, April 16, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!