Melaka praktik Kerajaan Perpaduan

Adly (tiga,kiri) ketika bangun bertanyakan soalan lisan pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
Adly (tiga,kiri) ketika bangun bertanyakan soalan lisan pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan turut subur di Melaka selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) duduk di blok kerajaan bersama ADUN BN.

Pengerusi PH Negeri, Adly Zahari berkata, semangat yang sama di peringkat persekutuan dibawa ke Melaka selepas perbincangan bersama BN Melaka yang diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula pada Isnin.

Menurutnya, kesepakatan yang terjalin antara kedua-dua parti itu menyaksikan kedudukan ketua pembangkang turut bertukar tangan.

"Dalam dewan persidangan Melaka anggota ADUN PH diterima sebagai sebahagian ADUN di peringkat kerajaan.

"Sedikit perubahan dapat dilihat dari segi susun atur dalam DUN sendiri dan juga pelantikan ketua pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

Beliau yang juga bekas ketua pembangkang berterima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kerana menerima kesemua ADUN PH untuk bersama-sama meneruskan agenda negeri menerusi semangat gabungan kerajaan perpaduan.

Menurutnya, mengakui dalam tempoh singkat, banyak penakrifan yang perlu dibuat, namun yakin bahawa mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu mahu memastikan kerajaan kekal stabil.

Artikel Berkaitan:

"Pertemuan kita dengan Ketua Menteri lalu menyaksikan 26 daripada keseluruhan 28 ADUN telah berada dalam blok kerajaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!