Agrobank rangkul tiga anugerah

Rosdi Effendi (lapan dari kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan PR Newswire Asia Limited, Andrew Lim (empat dari kiri) pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022 (MPRA 2022) pada Jumaat.
Rosdi Effendi (lapan dari kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan PR Newswire Asia Limited, Andrew Lim (empat dari kiri) pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022 (MPRA 2022) pada Jumaat.
A
A
A

AGROBANK telah merangkul tiga anugerah berprestij menerusi kempen dan inisiatif perhubungan awamnya pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia 2022 (MPRA 2022) yang diadakan pada Jumaat.

Tiga anugerah tersebut adalah Anugerah Hal Ehwal Awam Terbaik bagi inisiatif dan pencapaian perhubungan awam di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Perlancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022), Anugerah Kempen Bersepadu Perhubungan Awam Terbaik bagi Kempen Hari Kebangsaan Agrobank bertemakan #Berbudi dan Anugerah Komuniti Kewangan Terbaik bagi Program Celik Wang iaitu program perdana pengurusan kewangan Agrobank khusus untuk pelajar sekolah.

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank berbesar hati menerima pengiktirafan itu untuk dua tahun berturut-turut oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia di MPRA 2022.

"Anugerah ini adalah satu penghormatan kepada usaha dan komitmen berterusan bagi seluruh warga kerja Jabatan Pemasaran dan Komunikasi di Agrobank. Pengiktirafan ini melambangkan inisiatif kami dalam mengadaptasikan pelbagai saluran komunikasi khususnya dalam menyampaikan mesej dan nilai teras Bank kepada pengguna.

“Usaha ini tidak hanya tertumpu kepada platform media, malah menerusi pelbagai saluran dan inisiatif berpaksikan akar umbi yang memberi tumpuan khusus dalam melestarikan transformasi sektor pertanian dan jaminan bekalan makanan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Badli Shah berkata, tanggungjawab dan amanah dalam menyokong sektor pertanian serta meningkatkan kemampanan sosio ekonomi komuniti yang kurang mendapat liputan dan diberi perhatian telah sebati dengan DNA kami di Agrobank.

“Justeru kejayaan anugerah ini menandakan inisiatif serta pendekatan unik kami yang berterusan dalam merealisasikan hasrat murni ini dapat dicapai sekali gus menggalakkan pembangunan sektor pertanian negara,” katanya.

Beliau berkata, melangkah ke hadapan, Agrobank akan terus meningkatkan strategi serta mengukuhkan peranan pembangunannya sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan memacu pembangunan ekonomi sektor pertanian serta menyokong perniagaan berasaskan pertanian agar lebih berdaya saing.

Artikel Berkaitan:

Anugerah yang disampaikan ini telah diterima oleh Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Agrobank, Rosdi Effendi Mohammed Effendi dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur Jumaat lepas.

MPRA ialah anugerah industri yang dianjurkan oleh PRCA Malaysia, iaitu sebuah organisasi yang didedikasikan khusus untuk memupuk kecemerlangan perhubungan awam, mengiktiraf kejayaan kempen dan pakar runding serta pengamal perhubungan awam yang mempamerkan hasil kerja yang berkesan seiiring dengan kemajuan arena perhubungan awam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!