Mangsa banjir seluruh negara meningkat 2,769 orang

Penduduk menggunakan perkhidmatan sampan untuk melakukan kegiatan harian berikutan kawasan kampung masih ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan pada Selasa.- Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,769 orang melibatkan 838 keluarga di lima buah negeri setakat jam 4 petang, Selasa.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Perak, tiga PPS dibuka di tiga daerah bagi menempatkan seramai 137 mangsa banjir daripada 34 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,769 orang pada Selasa.
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,769 orang pada Selasa.

Di Kelantan pula, seramai 1,964 mangsa banjir daripada 615 keluarga ditempatkan di tujuh PPS yang dibuka dalam satu daerah.

Sebanyak tujuh PPS dibuka di enam daerah di Terengganu melibatkan 184 orang mangsa banjir daripada 47 keluarga, manakala di Pahang, empat PPS dibuka di tiga daerah melibatkan 433 mangsa daripada 127 keluarga.

Di Johor, 51 mangsa banjir daripada 15 keluarga ditempatkan di dua PPS di sebuah daerah di negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!