MQT 2.O mula bersiaran hari ini

Program 2,111 episod disiarkan di platform digital Quran Hour dan Sinar Harian bermula jam 12 hingga 1 tengah hari.
Program 2,111 episod disiarkan di platform digital Quran Hour dan Sinar Harian bermula jam 12 hingga 1 tengah hari.
A
A
A

SHAH ALAM - Program My #QuranTime 2.0 (MQT 2.0) anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) memulakan siaran pertamanya hari ini bermula jam 12 hingga 1 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, setelah menjalani proses kajian kitab selama hampir tiga bulan sejak 8 Oktober lalu, program yang telah mencipta fenomena itu kini bersedia untuk bersiaran sebanyak 2,111 episod.

“Kita telah menjalankan kajian merujuk kepada 18 kitab tafsir dan kitab hadis, jadi sudah tiba masanya kita lancarkan program ini untuk musim terbaharu.

“Fokus kali ini adalah tentang al-Quran, solat dan infak tetapi keutamaannya adalah bagaimana mahu meningkatkan kualiti solat kerana ia penting untuk kita membangunkan karakter dan bangsa Malaysia yang lebih baik berpandukan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

MARHAINI
MARHAINI

Menurut Marhaini, MQT 2.0 menampilkan kelainan dengan penglibatan peserta yang hadir secara fizikal ke studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Ujarnya, episod pertama yang bersiaran hari ini menerima kehadiran seramai 100 peserta melibatkan Rumah Ngaji Negeri Johor dan Rumah Ngaji Negeri Pahang.

“Selain itu, kita juga ada Sahabah al-Quran yang terdiri daripada kalangan penonton yang akan bersama-sama kita dalam satu segmen khas bagi memberi penekanan terhadap elemen tajwid,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

MQT 2.0 yang bersiaran di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian bermatlamat mempertingkat kualiti solat melalui bacaan al-Quran secara bertajwid, memahami isi kandungan al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan surah melalui kaedah hafalan al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.

Siaran MQT 2.0 kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baharu.

Program MQT 2.0 ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur serta Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai qari. Pentadabbur serta qari jemputan pula akan mengisi slot ulang kaji.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!