Briged Wirawan UMKVengers bantu mangsa banjir urus emosi

Akan bergerak ke negeri-negeri yang terjejas

Pengamal media dan warga UMK pada Malam Media UMK di Kota Bharu.
Pengamal media dan warga UMK pada Malam Media UMK di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui 500 sukarelawan Misi Bantuan Banjir akan turut membantu mangsa menerusi kaunseling bagi mengurus tekanan emosi dengan baik.

Naib Canselor UMK Profesor, Datuk Dr Razli Che Razak berkata, sukarelawan Briged Wirawan UMKVengers itu akan bergerak ke negeri-negeri yang terjejas banjir dengan bantuan daripada agensi berkaitan seperti polis serta bomba.

“Mangsa banjir akan mengalami tekanan emosi kerana kemusnahan harta benda yang besar akibat bencana banjir.

“Selain pemeriksaan dan rawatan kesihatan, mereka akan dibantu melalui kaunseling untuk menguruskan tekanan itu dengan baik,” katanya ketika ditemui pada Malam Media UMK, di sini, pada Selasa.

Turut hadir, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Majidah Ismail dan lebih 30 pengamal media di negeri ini.

Dr Razli berkata, sukarelawan tersebut ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai salah satu teras kementerian itu supaya universiti sentiasa bersama dengan komuniti.

Mereka melakukan beberapa penugasan semasa dan selepas bencana seperti kerja-kerja membersihkan kawasan pada peringkat pasca banjir.

“Sukarelawan ini pernah membantu mangsa banjir di Terengganu, Kedah dan Pahang pada tahun lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, penuntut terlibat mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di UMK dan dilatih serta diberi tunjuk ajar dalam menghadapi sebarang bencana alam.

“Misi tidak tertumpu kepada bencana di Kelantan sahaja.

“Mereka bergerak aktif memberi bantuan di luar kawasan di negeri-negeri terjejas banjir,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!