Peniaga bazar kraftangan Melaka bakal 'gulung tikar'

Yusof (tiga dari kiri)kesan lantai pecah di ruang padang rekreasi atas pusat beli belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini yang didakwa membahayakan keselamatan peniaga kraftangan di Bazar Kraftangan bangunan itu.
Yusof (tiga dari kiri)kesan lantai pecah di ruang padang rekreasi atas pusat beli belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini yang didakwa membahayakan keselamatan peniaga kraftangan di Bazar Kraftangan bangunan itu.
A
A
A

MELAKA - Nasib peniaga Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan di Banda Hilir, di sini, seolah-olah masih belum mendapat pembelaan apabila mereka masih beroperasi di lokasi yang didakwa mengancam nyawa mereka serta pelanggan.

Lebih menyedihkan, sejak insiden siling runtuh berlaku pengunjung bazar itu semakin berkurangan dan sekiranya tiada tindakan yang diambil tidak mustahil perniagaan yang diusahakan berpuluh tahun lalu akan terkubur.

Penasihat Persatuan Peniaga, Penjaja, Pengusaha Kecil Melayu Bandar Melaka, Datuk Yusof Abu Hassan berkata, sewajarnya nasib peniaga Bumiputera yang didakwa ditempatkan di lokasi agak tersorok di bawah tanah bangunan itu sejak 17 tahun lalu diberikan perhatian.

Menurutnya, mereka perlu diberikan nafas baharu dan semangat berniaga dengan cadangan pemindahan tempat baharu di kawasan padang riadah di tingkat atas bangunan Dataran Pahlawan itu.

Katanya, lokasi itu lebih strategik dan paling penting dapat menghindarkan kejadian siling runtuh berulang lagi selain mereka tidak lagi dihantui masalah kebocoran siling dan isu bau kurang menyenangkan didakwa berpunca dari sistem kumbahan.

Kita boleh jadikan gerai alternatif kepada mereka-mereka yang menimpa musibah untuk dipindahkan di atas permukaan padang dan dijadikan kawasan premis perniagaan baharu.

"Ia sebagai galang ganti kepada musibah yang berlaku agar adanya cahaya untuk mereka meneruskan perniagaan dan bukannya terus dihimpit kerugian," katanya ketika pertemuan bersama peniaga Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan di Banda Hilir, di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, mempersoalkan tindakan pengurusan bangunan itu yang menjadikan kawasan berdekatan padang riadah itu sebagai tempat letak kenderaan berbayar dengan bayaran agak mahal sehingga RM10 sekali masuk.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan itu sebenarnya mendorong boleh berlakunya keruntuhan siling yang berlaku beberapa hari lalu dan bukannya disebabkan peniaga menggantungkan barangan jualan mereka.

"Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu campur tangan dan membantu menyegerakan pemindahan tersebut demi memastikan perniagaan kraftangan ini berkekalan," katanya lagi.

Peniaga, Abdul Rahim Embi berkata, gara-gara tidak tahan dengan pelbagai masalah yang menghantui mereka menyebabkan ramai peniaga terpaksa gulung tikar.

Cadangan lokasi pemindahan peniaga Bazar Dataran Pahlawan di padang riadah Dataran Pahlawan. ((Gambar kecil dari kiri: Yusof, Abdul Rahim dan Tujahan)
Cadangan lokasi pemindahan peniaga Bazar Dataran Pahlawan di padang riadah Dataran Pahlawan. ((Gambar kecil dari kiri: Yusof, Abdul Rahim dan Tujahan)

Menurutnya, merayu supaya mereka dipindahkan ke lokasi yang lebih baik dan bukannya dibiarkan berniaga di tempat yang berisiko dan boleh mengancam nyawa.

"Dulu peniaga ramai. Dari 173 peniaga sekarang yang tinggal hanya 79 peniaga, lain semua dah mengalami kerugian, harap suara peniaga didengari untuk berpindah ke lokasi yang dicadangkan," katanya.

Tujahan Sidik berkata, peniaga- peniaga bazar berkenaan memerlukan satu jalan penyelesaian terbaik supaya pendapatan mereka tidak terus terjejas dan berterusan mengalami kerugian.

"Mereka telah lama bersabar dan jalan penyelesaian apa yang kita cadangan itu diharapkan pihak PBT dapat berikan kerjasama dan pertimbangan yang terbaik," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!