Bola Al Hilm untuk aksi separuh akhir, akhir

Bola Al Hilm digunakan untuk aksi separuh akhir dan akhir Piala Dunia Qatar.
Bola Al Hilm digunakan untuk aksi separuh akhir dan akhir Piala Dunia Qatar.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menukar bola baharu yang dinamakan Al Hilm untuk digunakan dalam aksi separuh akhir dan akhir Piala Dunia Qatar 2022.

Bola tersebut yang digelar 'bola impian' mula digunakan ketika aksi separuh akhir Argentina menentang Croatia di Stadium Lusail pada Rabu.

Bola tersebut juga menggantikan bola Al Rihla atau digelar Perjalanan yang sebelum ini digunakan sejak peringkat kumpulan.

Pasukan terpaksa menyesuaikan diri dengan bola tersebut yang diperkenalkan beberapa hari sebelum aksi separuh akhir.

Dalam satu kenyataan oleh FIFA, bola tersebut menggunakan teknologi sama seperti Al Rihla iaitu 'Connected Ball' daripada Adidas.

"Teknologi ini membantu pegawai perlawanan membuat keputusan yang pantas dan tepat semasa Piala Dunia.

"Teknologi itu juga membolehkan keputusan mengenai ofsaid dibuat lebih cepat ketika pegawai boleh melihat detik sebenar pergerakan bola itu," kata kenyataan itu.

FIFA berkata, reka bentuk bola tersebut diinspirasikan oleh negara tuan rumah dan trofi Piala Dunia itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Bola itu dibentuk menerusi warna 'padang pasir yang berkilauan di wilayah mengelilingi bandaraya Doha, warna trofi Piala Dunia dan corak bendera Qatar," kata FIFA.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!