Ribut petir dijangka berterusan hingga Ahad
SHAH ALAM - Cuaca tidak menentu khususnya ribut petir, angin kencang dan hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga Ahad ini.
Maklumat dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan beberapa kawasan dijangka berlaku adalah Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Ribut petir, angin kencang dan hujan lebat ini berlaku di kawasan-kawasan ini sekitar dijangka waktu petang.
Ramalan cuaca ini juga menunjukkan hujan serta ribut petir tidak berlaku pada waktu pagi dan malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!