Remaja 18 tahun hilang dalam hutan
KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir di sini pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Norhisham Saifudin pada jam 6.17 petang.
"Menurut dakwaan abangnya, remaja berkenaan dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan dan tidak dapat dikesan.
"Pihak kami dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain telah memulakan operasi pencarian di sekitar kawasan hutan yang terletak 8 kilometer dari rumah mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, bantuan dari Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan untuk mengesan remaja berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!