Emosi dan gembira Deschamps Perancis mara ke final

Deschamps (kanan) meraikan kejayaan Perancis mara ke final Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Magribi 2-0 pada Khamis. - Foto AFP.
Deschamps (kanan) meraikan kejayaan Perancis mara ke final Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Magribi 2-0 pada Khamis. - Foto AFP.
A
A
A

TIDAK dapat digambarkan perasaan gembira pengendali Perancis, Didier Deschamps setelah Les Blues mara ke final Piala Dunia dua kali berturut-turut selepas kali pertama melakukannya di Rusia empat tahun lalu.

Kejayaan itu diraih selepas Les Bleus membenam cabaran Maghribi 2-0 dalam saingan separuh akhir di Stadium Al Bayt awal pagi Khamis.

Deschamps hanya mahu bercakap mengenai 'emosi dan rasa bangga'.

"Jelas ia adalah langkah yang penting hari ini (Khamis) dan kini ada satu lagi (final).

"Kami sudah bersama sejak sebulan lalu. Ia bukan mudah. Kami sangat gembira dan pemain dapat habuan mereka," katanya.

Perancis juara edisi lalu itu dalam misi mempertahankan gelaran akan menentang Argentina pada Ahad ini.

Gol kemenangan Les Bleus dihasilkan oleh Theo Hernandez pada minit kelima dan Randal Kolo Muani pada minit ke-79.

Perancis mengimpikan untuk menjadi negara pertama dalam tempoh 60 tahun merangkul Piala Dunia berturut-turut selepas kejayaan berganda Brazil pada edisi 1958 dan 1962.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!