Polis Selangor tawar diskaun 50 peratus saman trafik

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor akan menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman melibatkan kesalahan lalu lintas di semua kaunter trafik di seluruh negeri.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, orang ramai yang berminat boleh membuat pembayaran di mana-mana kaunter trafik di Selangor pada 20 dan 21 Disember, dari jam 8 pagi sehingga 4 petang.

"Bagaimanapun, pengurangan tidak diberikan kepada saman kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC), berstatus Op Selamat, bicara mahkamah, berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya, potong Q, guna lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan ubahsuai ekzos.

"Tawaran pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus diberikan sempena dengan hari bertemu pelanggan JSPT Selangor," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, transaksi dalam talian tidak disediakan bagi tawaran pengurangan berkenaan dan orang awam yang berminat boleh membuat pembayaran dan semakan di kaunter trafik secara fizikal di seluruh Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!