Belum ada perbincangan kerjasama BN-PH hadapi PRN

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

REMBAU - Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak parti akan berbincang mengenainya sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Biar parti berbincang antara parti, saya tak nak komen sebab parti belum berbincang apa-apa lagi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari Bertemu Pelanggan, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kawasan Rembau di sini pada Khamis.

Mohamad ketika hadir pada majlis berkenaan pada Khamis.
Mohamad ketika hadir pada majlis berkenaan pada Khamis.

Pada Rabu, Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, PH belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN atau sebaliknya.

Beliau berkata, ia berikutan fokus gabungan itu ketika ini adalah untuk mewujudkan dan memperkasa keserasian bersama BN dalam menerajui Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!