Situasi banjir semakin baik

Situasi banjir di seluruh negara sehingga jam empat petang.
Situasi banjir di seluruh negara sehingga jam empat petang.
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan banjir di beberapa negeri semakin baik, dengan jumlah mangsa kini menurun kepada 2, 387 orang sehingga jam 4 petang Khamis berbanding 2, 479 orang pada tengah hari.

Sehingga kini, lima negeri yang terjejas iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, melibatkan 730 keluarga.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 15 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif dibuka di tujuh daerah manakala empat lagi pusat pemindahan telah ditutup.

Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu seramai 2,019 orang melibatkan 637 keluarga dan kini ditempatkan di tujuh PPS.

Sejumlah 142 mangsa di Pahang pula kini ditempatkan di satu PPS, melibatkan 36 keluarga manakala di Perak, 98 mangsa daripada 23 keluarga kini berada di dua PPS yang disediakan.

Sementara di Johor, empat PPS dibuka yang menempatkan 91 mangsa daripada 24 keluarga dan di Terengganu, hanya sebuah PPS dibuka dan menempatkan 37 mangsa daripada 10 keluarga.


JUMLAH MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA (setakat jam 4 petang Khamis)


PERAK

Artikel Berkaitan:

Daerah: 2

PPS: 2

Keluarga: 23

Mangsa: 98

KELANTAN

Daerah: 1

PPS: 7

Keluarga: 637

Mangsa: 2,019

TERENGGANU

Daerah: 1

PPS: 1

Keluarga: 10

Mangsa: 37

PAHANG

Daerah: 1

PPS: 1

Keluarga: 36

Mangsa: 142

JOHOR

Daerah: 2

PPS: 4

Keluarga: 24

Mangsa: 91

Bilangan keluarga keseluruhan: 730

Bilangan mangsa keseluruhan: 2, 387

Bilangan keseluruhan negeri: 5 negeri

Bilangan keseluruhan daerah: 7 daerah aktif

Bilangan keseluruhan pusat pemindahan: 15 PPS aktif

Bilangan pusat pemindahan ditutup: 4

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!