Air pasang besar dijangka landa Klang

Penduduk Klang diarah peka dengan risiko fenomena air pasang besar yang mungkin membawa kepada bencana banjir. - Foto Bernama
Penduduk Klang diarah peka dengan risiko fenomena air pasang besar yang mungkin membawa kepada bencana banjir. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar daerah Klang diarah peka dengan risiko berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka bermula 23 sehingga 26 Disember yang mungkin membawa kepada bencana banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang dalam satu kenyataan memaklumkan ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.1 meter pada Sabtu dan Ahad minggu depan.

Justeru, pihaknya mengingatkan warga Klang untuk sentiasa bersedia dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling dan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca serta arahan lanjut daripada pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

Info grafik yang turut dikongsi di laman Facebook agensi itu pada Khamis.
Info grafik yang turut dikongsi di laman Facebook agensi itu pada Khamis.

Orang awam boleh membuat laporan berhubung kejadian bencana dengan menghubungi talian kecemasan melalui WhatsApp Pejabat Daerah dan Tanah Klang (24 jam) di nombor 010-869 1067.

"Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

"Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti di ruangan komen.

"Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai 16 hingga 19 Disember dan 23 hingga 26 Disember 2022," kata kenyataan itu di laman Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!