22 maut minum arak beracun di India

Anggota petugas kesihatan merawat mangsa yang keracunan arak di India. - Agensi
Anggota petugas kesihatan merawat mangsa yang keracunan arak di India. - Agensi
A
A
A

PATNA - Sekurang-kurangnya 22 maut manakala beberapa lagi dimasukkan ke hospital di India selepas meminum alkohol beracun, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Kematian tragis itu berlaku di dua kampung negeri timur Bijar di mana penjualan dan pengambilan minuman keras di larang di sana.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki di daerah Saran didapati muntah pada Selasa sebelum keadaan mereka bertambah teruk.

Tiga orang dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital manakala selebihnya mati ketika sedang menerima rawatan pada Rabu dan Khamis.

Ketua Pengarah Hospital Sagar, Dulal Sinja berkata, sebanyak 22 bedah siasat dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa tersebut.

Pegawai kanan polis, Santosh Kumar berkata, pihak berkuasa telah menumpaskan kedai arak haram di kawasan itu.

"Kami menahan puluhan peniaga minuman keras dan beberapa yang lain," kata Kumar memberitahu AFP.

Dianggarkan lima bilion liter alkohol diminum setiap tahun di India, kira-kira 40 peratus dihasilkan secara haram.

Artikel Berkaitan:

Sering kali arak tanpa lesen ditambah dengan metanol untuk meningkatkan kesannya. Jika tertelan, metanol boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian.

Pada 24 Julai tahun ini, seramai 42 orang maut di negeri Gujarat selepas meminum arak beracun. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!