Mahsuri Dagang barakan aksi final Perancis, Argentina
MAHSURI Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) menyemarakkan lagi kehangatan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan tayangan layar gergasi Gegar Final Piala Dunia di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 Shah Alam, pada Ahad ini.
Program anjuran syarikat pengeluar kicap dan sos masakan buatan tempatan yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersebut mendapat kerjasama Restoran Hakim dan Sinar Harian.
Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, program ini merupakan kemuncak kepada program Mahsuri Teman Anda Tonton Bola sempena Qatar 2022 yang berlangsung sejak 21 November lalu.
Katanya, promoter Mahsuri akan mengedarkan produk-produk kicap dan sos selain snek terbaharu kepada para pengunjung program tayangan layar gergasi di Restoran Hakim, Jalan Kristal, Seksyen 7 pada Ahad ini.
“Program ini juga antara usaha berterusan Mahsuri Dagang mendekati anggota komuniti setempat sekali gus mempromosikan produk-produk viral seperti Kicap Manis Pedas Mahsuri, Kicap Lemak Manis Mahsuri kepada para pengguna.
“Imej Mahsuri menampilkan jiwa muda berteraskan keriangan, jika dilihat kepada penggunaan elemen warna produk kicap dan sos, kami membarakan aktiviti yang boleh memupuk suasana riang ria dalam kalangan setiap anggota lapisan masyarakat.
“Malah aktiviti menonton bola sepak pada Ahad ini secara tidak langsung mengaktifkan semula semangat keakraban ini, selepas terhalang hampir dua tahun lebih berikutan pandemik Covid-19.
“Jadi kami di Mahsuri Dagang melihat ini merupakan antara aktiviti riadah terbesar untuk anggota masyarakat berkumpul bersama,” katanya kepada Sukan Sinar.
Untuk rekod perlawanan akhir Qatar 2022 menemukan penyandang juara Perancis menentang Argentina di Stadium Lusail, jam 11 malam pada Ahad ini.
Menurut Mohd Jazri lagi, sebelum program kemuncak di Restoran Hakim Seksyen 7, lima lagi venue yang menjadi tumpuan program Mahsuri Teman Anda Tonton Bola adalah Restoran Nasi Lemak Sayang di Seksyen 13, Restoran Nasi Kandar Royale Amirah Bukit Jelutong.
“Turut menjadi lokasi adalah Restoran Nasi Kandar Zubair Bistro, Bukit Jelutong, Restoran Nasi Kandar D Nor 1, Subang Jaya dan Bluebird Cafe Bistro @Hotel Olympic, Kuala Lumpur.
“Pada program ini setiap pelanggan venue tersebut akan menerima tiga snek iaitu X BIKA Seafood Sos Mahsuri Tiga Rasa, X BIKA Mahsuri Kicap Extra Pedas dan sos Mahsuri Lada Hitam.
“Kita sudah buat promosi sejak 21 November lalu apabila pengunjung yang hadir ke enam restoran di atas akan diberikan item-item tadi apabila membuat pesanan contohnya mi goreng mamak Mahsuri atau produk makanan yang menggunakan produk Mahsuri,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang mengesahkan program tersebut akan dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!