Malaysia perlukan dasar ekonomi hargai kemahiran rakyat

Liew Chin Tong
Liew Chin Tong
A
A
A

MELAKA - Negara memerlukan dasar ekonomi yang menghargai kemahiran rakyat dalam semua bidang pekerjaaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, kata Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, menerusi dasar berkenaan kerajaan antara lain perlu memastikan gaji yang ditetapkan dalam semua bidang pekerjaan untuk rakyat tempatan berkemahiran adalah berpatutan dan mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau berkata dasar ekonomi itu juga perlu dilaksanakan agar tenaga buruh tempatan khususnya yang berkemahiran rasa dihargai dan tidak mencari pekerjaan di luar negara seperti di Singapura yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.

"Untuk meningkatkan gaji rakyat kita perlu menstruktur semula ekonomi negara... kita mesti kurangkan pekerja asing tanpa kemahiran dan beri ruang itu kepada tenaga kemahiran tempatan,” katanya kepada pemberita selepas Program 'Coffee Talk: New Malaysia, What's Next?' di Bukit Beruang di sini, hari ini.

"Ia tidak boleh diselesaikan dalam sehari atau dua hari kerana kos sara hidup dan gaji merupakan isu yang telah lama berlaku dan kita perlukan visi agar dasar ekonomi kita jadi satu ekonomi yang menghargai kemahiran agar negara mempunyai tenaga buruh atau kerja tempatan yang mencukupi," tambahnya.

Chin Tong berkata, salah satu langkah mengurangkan kebergantungan negara pada pekerja tanpa kemahiran dalam kalangan warga asing ialah menggunakan teknologi seperti artificial intelligence dan robotik khususnya dalam pengendalian mesin bagi industri dan pembinaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!