[VIDEO] Tanah runtuh: Wanita hamil antara yang cedera

Mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu dan diberi rawatan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands pada Jumaat. - Foto Bernama

A
A
A

SELAYANG - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita hamil merupakan antara mangsa cedera dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali awal pagi Jumaat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mangsa merupakan salah seorang daripada tujuh mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital di Lembah Klang setakat ini.

"Kita bimbang kalau ada apa-apa dengan kandungan dia tapi setakat ini alhamdulilah mangsa dalam keadaan stabil dan boleh berkomunikasi dengan kita cuma dia hanya mengalami pening dan sedang menerima rawatan.

"Tiga mangsa dirawat di Hospital Selayang, tiga di Hospital Kuala Kubu Bharu dan seorang mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 11 pagi," katanya pada sidang media ketika melakukan lawatan di Hospital Selayang di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, setakat ini sebahagian besar kes cedera adalah dalam kategori zon hijau.

"Ada mangsa yang mengalami luka yang agak teruk dan kita telah ambil tindakan.

"Satu kes zon merah dihantar terus ke HKL kerana ada kecederaan tulang belakang membimbangkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!