Tanah runtuh: Aktiviti perkhemahan diarah henti serta-merta

Saifuddin (dua dari kanan) semasa melawat ke tapak perkhemahan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya pada Jumaat.
Saifuddin (dua dari kanan) semasa melawat ke tapak perkhemahan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya pada Jumaat.
A
A
A

HULU SELANGOR - Semua pengusaha pelancongan membabitkan aktiviti perkhemahan di sekitar daerah ini diarahkan tidak lagi menerima pengunjung sehingga diberitahu kelak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, arahan segera itu perlu dilaksanakan bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku di lokasi lain.

"Kita minta pengusaha kem perkhemahan sekitar sini tidak lagi menerima pengunjung buat sementara waktu," katanya pada sidang akhbar.

Saifuddin berkata, pada musim cuti persekolahan ini trend percutian dengan melakukan aktiviti luar seperti perkhemahan meningkat dan popular dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan penjual peralatan perkhemahan yang memberitahu pembelian dalam kalangan rakyat Malaysia selepas peralihan pandemik meningkat sehingga 40 peratus.

"Ini satu lonjakan luar biasa berbanding negara lain terhadap minat rakyat negara ini terhadap aktiviti luar," jelas beliau.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti itu mengundang kepada kejadian seperti ini hingga membabitkan kehilangan nyawa.

"Tindakan awal yang boleh dinasihati polis ialah meminta pengunjung menangguh dan memilih lokasi lain yang lebih selamat," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!