Kes gaduh di Bukit Bintang, polis tahan enam warga Nigeria

Polis menahan enam warga Nigeria susulan insiden pergaduhan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 8 April lalu.
Polis menahan enam warga Nigeria susulan insiden pergaduhan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 8 April lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai empat lelaki dan dua wanita warga Nigeria yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Jalan Changkat, Bukit Bintang pada 8 April lalu, ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 35 tahun ditahan Sabtu lalu sekitar jam 10.30 malam sehingga jam 2 pagi di beberapa lokasi sekitar Cyberjaya.

Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek ini tidak memiliki dokumen sah ketika berada di dalam negara.

"Siasatan awal mendapati kejadian pergaduhan itu berlaku akibat salah faham di kalangan mereka. Pergaduhan tidak membabitkan unsur kongsi gelap, sebaliknya hanya melibatkan pengunjung kelab malam di kawasan berkenaan sahaja.

"Dalam pergaduhan itu, seramai tiga lelaki Nigeria cedera apabila ditetak serta dikelar dengan senjata tajam seperti parang, pisau dan pecahan botol kaca," katanya kepada pemberita di IPD Dang Wangi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan suspek kini ditahan reman selama 14 hari.

Terdahulu, seorang pelajar kolej warga Nigeria dilaporkan parah ditetak dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun terpaksa menerima enam jahitan akibat cedera di bahagian kepala dan hidung.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Nigeria parah ditetak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!