10 terkorban termasuk 5 kanak-kanak dalam kebakaran di Lyon

Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kebakaran di Vaulx-en-Velin pinggir bandar Lyon, Perancis pada Jumaat. - Foto AFP
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa kebakaran di Vaulx-en-Velin pinggir bandar Lyon, Perancis pada Jumaat. - Foto AFP
A
A
A
PARIS - Sepuluh orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran bandar Lyon Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mangsa yang terkorban termasuk lima kanak-kanak, empat lagi cedera parah manakala 10 yang lain cedera ringan termasuk dua anggota bomba, menurut pihak berkuasa tempatan.

Punca kebakaran di pangsapuri tujuh tingkat di pinggir bandar Vaulx-en-Velin Lyon itu masih disiasat.

Kira-kira 170 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus pihak berkuasa menerima kebakaran pada kira-kira jam 3 pagi.

Jurucakap bomba memberitahu penyiar Perancis BFMTV kebakaran berlaku di tingkat bawah blok pangsapuri yang terletak di taman perumahan dan merebak sehingga ke tingkat tiga.
Artikel Berkaitan:


Operasi memadam kebakaran rumit dan jumlah mangsa mungkin meningkat, kata jurucakap itu sambil menambah bahawa asap menyukarkan usaha menyelamat.

Api bagaimanapun berjaya dipadamkan, katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!