Polis siasat Myvi masuk lorong motosikal

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi menggunakan lorong motosikal dari arah Jalan Taman Connaught ke sebuah restoran Batu 9, Cheras pada Selasa lalu.
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi menggunakan lorong motosikal dari arah Jalan Taman Connaught ke sebuah restoran Batu 9, Cheras pada Selasa lalu.
A
A
A

KAJANG - Polis Kajang mengesahkan ada menerima laporan berhubung sebuah kereta jenis Perodua Myvi memasuki lorong motosikal dari arah Jalan Taman Connaught ke sebuah restoran Batu 9, Cheras di sini pada Jumaat.

Menerusi kenyataan media, berdasarkan maklumat awal, tular di media sosial, memaparkan pemandu kereta meneruskan perjalanan selepas mendapati restoran tersebut terletak di belakang sebuah stesen minyak, pada jam 6.35 petang, Selasa lalu.

Katanya, pemandu berkenaan menyangka dengan memandu ke hadapan, akan membawanya ke laluan masuk restoran itu.

"Hanya selepas penunggang motosikal membunyikan hon, barulah dia sedar telah memasuki lorong motosikal.

"Tiada kejadian tidak diingini berlaku kerana lorong motosikal itu adalah sehala menghala ke Kajang," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat perkara tersebut dan memohon mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Zamri Abu Hassan di talian 013-6245988.

Kes itu katanya, diklasifikasikan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengabaikan isyarat lalu lintas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!