Anwar yakin dapat sokongan hingga tamat penggal

 Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan terima sokongan dari parti gabungan kerajaan bagi tempoh lima tahun seterusnya.

Beliau berkata, ini kerana komitmen yang ditunjukkan oleh ahli politik adalah bagi memastikan kerajaan berada pada tahap yang stabil.

“Jika anda lihat apa yang disentuh dalam perjanjian ini, perundingan yang rumit untuk mencapai persefahaman. Jadi komitmen masing-masing ialah untuk menyokong kerajaan yang stabil, dan diharapkan sehingga tamat tempoh.

“Sekurang-kurangnya saya sudah bertemu dengan kesemua pemimpin parti dan saya amat berpuas hati. Saya letakkan kepercayaan dalam rundingan ini.

“Dan kami semua bersetuju berdasarkan parameter dan polisi yang luas untuk memastikan kerajaan stabil,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan di Bawah Kerajaan Perpaduan, di Bangunan Perdana Putra, di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!