Orang ramai serbu Trak Jati
ALOR SETAR - Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd yang mengeluarkan pelbagai jenama beras antaranya Jati tampil dengan kempen terbaharu mendekati para penggunanya iaitu menggunakan Trak Jati.
Serba Wangi dalam satu kenyataan berkata, trak tersebut telah pun membuat kemunculan keempat di Pasar Pagi Chow Kit, Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu sekitar jam 6 pagi.
Menurutnya, Trak Jati yang diperkenalkan ini merupakan fasa kedua selepas kempen Teguh Bersama Jati yang diadakan pada bulan Ogos dan
September lepas.
"Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat begitu teruja dengan kehadiran Trak Jati ini.
"Mereka tidak melepaskan peluang malah sanggup beratur panjang untuk mendapatkan 5kg beras Jati Signature Super Special Tempatan yang dijual dengan harga RM5 sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya lagi, kempen ini merupakan salah satu inisiatif pihak Jati untuk membantu meringankan beban orang ramai yang kini terkesan dengan kenaikan harga barang keperluan harian.
"Selain itu, kempen ini juga merupakan tanda penghargaan daripada pihak Jati kepada para pelanggan telah menyokong Jati selama ini," ujar Serba Wangi lagi.
Kempen ini juga akan diteruskan sehingga penghujung Disember tahun ini di lokasi-lokasi lain.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti Facebook dan instragram @JATIMalaysia agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keberadaan Trak Jati yang seterusnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!