Tanah runtuh: 21 mangsa disahkan meninggal dunia - TPM

Ahmad Zahid sedang mendengar taklimat terkini berkaitan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada Jumaat.
Ahmad Zahid sedang mendengar taklimat terkini berkaitan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada Jumaat.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seramai 21 mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini seramai 12 mangsa belum ditemui.

"Kerja-kerja mencari 12 mangsa yang belum ditemui sedang giat dilaksanakan, kita berdoa mudah-mudahan ada yang selamat," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, anggota polis serta Bomba dan semua agensi penguat kuasa sudah dimobilisasikan sepenuhnya dan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia.

"Saya sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Pusat akan terus memantau bersama-sama," jelasnya.

Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Agensi penguat kuasa sedaya upaya akan meneruskan operasi mencari mangsa dengan kaedah-kaedah teknologi baharu dan jentera berat," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan turut meminta agar tiada aktiviti perkhemahan dilakukan di kawasan berhampiran bukit dan tepi sungai.

Artikel Berkaitan:

"Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan hujan lebat akan bermula esok terutamanya di pantai timur, dikhuatiri hujan lebat di hulu sungai akan menyebabkan kepala air, ia akan melanda di kawasan pertengahan atau kuala sungai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!